Gambaran umum Aliran_Marunouchi_(Tokyo_Metro)

Aliran Marunouchi merupakan aliran kereta api kedua yang dibina di bandar raya Tokyo dan yang pertama selepas Perang Dunia Kedua. Laluan aliran ini berbentuk U yang bermula dari stesen Ogikubo yang berada di barat bandar raya, melalui kawasan pentadbiran dan peniagaan Shinjuku, pusat perniagaan Marunouchi di sekitar stesen Tokyo, sebelum berpatah balik dan menuju ke Ikebukuro.

Aliran ini menggunakan stok kereta api siri 02 Tokyo Metro dengan kereta api enam gerabak pada aliran utama dan kereta api tiga gerabak pada aliran cawangan Hōnanchō. Aliran utama Marunouchi merupakan aliran alihan laju yang paling kerap digunakan di Tokyo dengan kereta api beroperasi pada selang masa 1 minit 50 saat ketika waktu puncak. Walaupun ia adalah perkhidmatan kereta api dengan kekerapan yang tinggi, menurut kaji selidik 2008 yang dijalankan oleh Kementerian Tanah, Prasarana, Pengangkutan dan Pelancongan, aliran Marunouchi merupakan salah satu aliran kereta api yang paling sibuk di Tokyo, berjalan dengan muatan 157% di antara stesen Shin-ōtsuka dan Myōgadani.[2] Masalah ini sedikit sebanyak berkurangan sedikit apabila aliran Ōedo Toei mula dibuka pada 2000. Disebabkan masalah kesesakan tersebut, pihak Tokyo Metro telah menaik taraf semua stesen dengan pintu platform berhadang tinggi pada 28 Mac 2009, di mana operasi pemandu sahaja juga dimulakan. Aliran cawangan pula beralih kepada operasi pemandu sahaja sejak Julai 2004.[3]

Dalam peta laluan kereta api alihan laju di Tokyo, aliran ini ditunjukkan dalam warna merah (▉). Stesen-stesennya pula diberikan nombor dan awalan "M" () manakala untuk aliran cawangan, "m" () digunakan.